Thursday, 13 November 2014

CHECKLIST SAMBUT SI CILIK (NEWBORN)


Senarai semak barang bayi

Barang-barang bayi(gambar hiasan)



Sedar x sedar, now i'm 33weeks....dh mmg patut sgt keprluan bayi smua dibereskan skg...warded  mggu lps sbb baby kurang gerak...riso pulak kalu2 tetiba terberanak awal...huhu


Di sini nak share checklist keperluan yang perlu dibawa ke hospital, mungkin dapat membantu ibu-ibu yang baru pertama kali nak bersalin. Ini pengalaman sy yg ke tiga..rsnya x sesukar pengalaman mereka yg pertama kali menimang cahaya mata. Apa yang saya senaraikan ni pun dapat melalui sumber bacaan dari a few blog dan artikel.


Hopefully it would be helpful to us. :)

Sebelum tu, barang yang paling penting sekali!

IC/ Kad pengenalan
Buku Merah @ Buku Rekod Check Up di Klinik Kesihatan
Guarantee Letter (GL) bagi penjawat awam
Handphone - memudahkan communication semasa di wad/laborKebiasaannya, kalau ibu bersalin secara normal, akan ditahan selama 2 hari di wad dan kalau ibu bersalin secara cesarean pula, ibu akan ditahan di wad selama 3 ke 4 hari. Kalau baby kena jaundice/ kuning pula kemungkinan akan lebih lama. Untuk checklist di bawah ini untuk ibu-ibu lahir secara normal.

SENARAI UNTUK IBU

Pakaian untuk keluar hospital (2 Pasang dah cukup. Hospital akan sediakan uniform khas pesakit sepanjang berada di hospital.)
Sweater and socks (Setelah bersalin, suhu kita akan berubah kerana pemulihan kepada badan asal, jadi sediakan socks yang sewajanya.)
Kain batik
Selipar yang sesuai untuk digunakan di tandas semasa mandi
Tudung (2 helai dah cukup, prefer tudung sarung/ awning sebab mudah)
Towel
Nursing bra (4 helai)
Seluar dalam ( terpulang, lebih lagi baik untuk hygiene)
Minyak panas
Maternity pad (1 bungkus)
Toiletries
Untuk bayi pula saya asingkan kepada 2, satu untuk digunakan semasa dalam Labor Room dan satu lagi untuk sepanjang dalam wad. Asingkan siap-siap untuk memudahkan suami kita nak cari dalam bag pakaian nanti semasa kita di Labor Room..


SENARAI UNTUK BAYI (LABOR ROOM)

Baju baby (Prefer side snap shirts - cam kimono tu sebab tali pusat baby belum tanggal)
Mittens and socks
Receiving blanket / bedung
Diapers
Barut
Tuala mandi baby (Hooded) (if needed)
Toiletries baby (if needed)
SENARAI UNTUK BAYI (DALAM WAD)

Baju baby ( 4 helai untuk siang dan 4 helai untuk malam)
Barut (5 helai)
Bedung/ Receiving blanket/ Napkin (3 helai)- Untuk wraps baby
Selimut baby (1 helai - kalau perlu)
Topi (2 helai - penting untuk lindung kepala bayi sehingga telinga bagi bayi baru lahir)
Mittens and socks/booties (5 pasang)
Diapers (Bawa lebih, atleast 20 pcs. )
Baby wipers and cot sheet (untuk alas baby semasa pakaikan diapers)
Tuala hooded (1 helai)
Tuala kecil (3 helai) - Untuk lap air susu/ air liur baby/ muntah
Toiletries included minyak telon/ nappy cream/ baby oil/ etc.
Bantal baby
BARANG-BARANG LAIN

Air zam-zam / air selusuh
Air masak
Buah kurma
Biskut kering/ roti
Minuman segera - Milo/vico/nestum
Cawan dan sudu
Tisu
Termos (Hospital ada sediakan juga)
Plastik baju kotor
So far, hampir 90% dah pack. Lagi 10% sedang diusahakan. Ya Allah semoga dipermudahkan urusankudan lindungilah diriku dan bayiku semasa melahirkannya.


Laillahaillah anta subhannaka inni kuntum minal zolimin


Bahawasanya, tiada Tuhan yang patut disembah melainkan Engkau, Maha Suci Engkau. Sesungguhnya aku adalah termasuk orang-orang yang zalim ~ Surah Al-Anbiya': 87.)

Dapatkan set berpantang Shaklee yang awesome:

Cadangan saya : B-complex,  Zink , Vitamin c , vitalea,ESP @ Mealshake







Your Shaklee Independent Distributor
zawani sahir

 SMS | WhatssApp : 019-3239808
 Shaklee ID : 1065860
 Blog: http://pakejsihat.blogspot.com/
 FB Page :
 Email :pamasalman4u@gmail.com

0 comments:

Post a Comment